Warga China sertai MM2H didakwa layak dapat status PR?  - Utusan Malaysia

Warga China sertai MM2H didakwa layak dapat status PR? 

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang menteri didakwa membuat pengumuman bahawa warga negara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin membuat kenyataan itu di aplikasi X hari ini selepas mendakwa ‘mendengar cerita’ mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu tidak menjelaskan lebih lanjut sumber yang menceritakan perkara berkenaan malah tidak menyatakan nama menteri berkenaan secara khusus. 

Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan Datuk Seri Tiong King Sing yang menyandang jawatan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Dengar cerita YB Menteri Pelancongan buat pengumuman bagi warga negara China yang sertai dan dapat Pas MM2H, terus layak dapat PR. 

“Woww…,” katanya dalam ciapan tersebut. 

Setakat ini belum dapat dipastikan berhubung cakap-cakap berkenaan dan setakat berita ini ditulis, Utusan Malaysia masih berusaha untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada Mas Ermieyati.

RESPON

Usaha akhbar ini menghubungi King Sing  untuk mendapat respon beliau belum berjaya.

MM2H diperkenal Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggalakkan lebih ramai peserta dari negara luar atau warga asing menetap di sini sekali gus mendorong pengaliran masuk mata wang asing.

Program diperkenal pada 2002 hingga 2019 itu merangsang ekonomi negara berjumlah RM11.89 bilion secara kumulatif menerusi fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan isi rumah.

Pada Ogos 2021, kerajaan mengaktifkan semula program itu dengan beberapa syarat tambahan antaranya peserta wajib berada di negara ini sekurang-kurangnya 90 hari kumulatif setahun, mempunyai pendapatan luar pesisir sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan berbanding hanya RM10,000 sebelum ini.

Namun, kini peserta dikenakan syarat tambahan antaranya perlu mempunyai akaun deposit tetap minimum RM1 juta dengan 50 peratus pengeluaran maksimum dibenarkan untuk tujuan membeli hartanah, per­belanjaan kesihatan dan pendidikan anak.

Berdasarkan jawapan bertulis Dewan Rakyat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memberitahu, seba­nyak 1,905 permohonan MM2H diluluskan antara November 2021 hingga 30 September lalu manakala 2,100 permohonan diterima sepanjang tempoh itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya