Wanita putus tunang dilapor hilang - Utusan Malaysia

Wanita putus tunang dilapor hilang

NURUL Syakila Mohd. Suhaili dilaporkan tidak pulang ke rumah keluarganya di Sungai Layang, Rembau selepas keluar dari rumah itu pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang tidak pulang ke rumah sejak keluar dari kediaman keluarganya di Sungai Layang di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nurul Syakila Mohd. Suhaili, 23, kira-kira pukul 9.58 pagi tadi di Balai Polis Rembau.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, Nurul Syakila didapati tiada di biliknya dan pihak keluarga telah cuba mencari di sekitar Rembau serta Seremban namun masih tidak berjumpa wanita berkenaan.

“Adik lelaki berusia 20 tahun yang bimbang dengan keselamatan kakaknya telah membuat laporan polis pagi tadi. Pihak polis telah merakam percakapan ahli keluarga dan didapati orang hilang telah keluar membawa dompet berisi dokumen diri serta sebuah telefon bimbit .

“Difahamkan, Nurul Syakila baharu sahaja dibawa pulang ke Rembau pada 9 Disember lalu selepas putus tunang. Kali terakhir adiknya melihat kakaknya semalam kira-kira pukul 1 pagi dan Nurul Syakila memakai baju warna biru dan seluar panjang hitam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, ujar Hazri, individu yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di nombor 06-6851999.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya