PETALING JAYA: Sabah memerlukan pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan dengan pelaksanaannya pada setiap dua atau tiga tahun sekali. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Darell Leiking berkata, pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu diyakini tidak akan mencetus masalah ketegangan kaum seperti didakwa sesetengah pihak menentang pelaksanaannya. Bekas Ahli Parlimen Penampang itu berkata, pilihan raya PBT sebaliknya dapat menambah baik cara pemilihan…










