`Setelah semua ini, hanya Zayn tahu isi hati ibu’ - Utusan Malaysia

`Setelah semua ini, hanya Zayn tahu isi hati ibu’

Ismanira Abdul Manaf bersama anaknya Allahyarham Zayn Rayyan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tiada siapa yang tahu betapa besar rasa sayang ibu kepada Zayn.”

Demikian luahan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin,6, yang dimuat naik melalui gambar bersama kanak-kanak autisme itu dalam akaun Instagram (IG) miliknya, hari ini. 

Ismanira Abdul Manaf, 28, menerusi hantarannya yang menggambarkan perasaan kerinduan buat ‘anak syurganya’ itu. 

“Setelah semua ini, hanya Zayn satu-satunya yang tahu isi hati ibu,” luahnya. 

Dalam pada itu, Ismanira turut memuat naik gambar pintu bilik kanak-kanak terbabit dipercayai dikongsi bersama seorang lagi anaknya.

Hantaran itu menunjukkan gambar pintu bilik yang bertulis nama ‘Zayn Zahin’ iaitu tempat tidur arwah kanak-kanak itu  bersama adiknya sebelum ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan petugas media diminta untuk mengosongkan kawasan berdekatan blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini hari ini. 

Ia ekoran siasatan oleh pihak polis masih berjalan sekitar kawasan itu yang disyaki masih menyimpan bukti-bukti pembunuhan.

Selain itu, dilaporkan polis melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah  termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Siasatan menyeluruh memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Apartmen Idaman selain penduduk di kawasan berhampiran.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.