Pekebun buntu tanaman dirosak gajah

Pekebun buntu tanaman dirosak gajah

ISMAIL Mohamad melihat sebahagian tanaman diusahakan dimusnahkan gajah di Bandar Cheneh Baru, Kemaman semalam. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kira-kira 20 pekebun di Bandar Cheneh Baru, dekat sini, berputih mata selepas tanaman diusahakannya setahun la­lu, musnah diserang gajah liar.

Seorang pekebun, Ismail Mohamad, 62, berkata, dia terkejut apabila hampir 200 pokok pisang, ubi kayu, kelapa dan cempedak ditanamnya dirosakkan gajah, Sabtu lalu.

“Masa saya sampai di kebun, saya tengok terdapat kesan tapak kaki gajah dan najisnya berselerakan di kebun.

“Hampir keseluruhan pokok tumbang dan ada antaranya telah berbuah dan menunggu masa untuk dipetik dan dijual,” katanya ketika ditemui di kebunnya, di sini semalam.

Ismail berkata, dia sedih dengan kejadian berlaku, namun reda dan menganggap semuanya sebagai ujian dari Allah.

“Saya buntu, tak tahu nak buat apa dan tak tahu macam mana nak mulakan semula semua ini sebab ini punca pendapatan saya,” katanya.
Ismail berkata, difahamkan selain kebunnya, kebun beberapa penduduk lain turut dimusnahkan gajah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah me­lakukan pemantauan dan tindakan sewajarnya bagi menghalau gajah di kawasan tersebut demi keselamatan pekebun dan penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×