PUTRAJAYA: Penggunaan MyDigital ID akan berfungsi sepenuhnya mulai 1 Julai tahun depan bagi memudahkan orang ramai berurusan di semua perkhidmatan kerajaan selain platform itu lebih selamat kerana tidak menyimpan maklumat pengguna. Menerusi sistem pengenalan diri digital tunggal tersebut, urusan orang ramai di agensi-agensi kerajaan lebih cepat kerana tidak perlu mengisi informasi diri berulang. MyDigital ID diberi jaminan tidak akan mengalami pelanggaran data kerana maklumat digunakan hanya untuk tujuan pengesahan yang…