Mangsa banjir Kelantan naik mendada

Mangsa banjir Kelantan naik mendadak

HUJAN lebat menyaksikan air Sungai Golok mula melimpah dan masuk ke kawasan kampung di Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini bertambah kepada 1,967 orang berbanding 1,340 setakat pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi ini sebanyak 20 buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan di empat dearah iaitu Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut Pasir Mas menempatkan mangsa paling ramai iaitu 918 orang di lima buah PPS.

“Di Jeli seramai 571 mangsa berlindung di empat PPS, diikuti Tanah Merah (363) dan Gua Musang (116),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tiga batang sungai melepas paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Dabong (Jeli), Kuala Besar (Kota Bharu) dan Sungai Golok di Rantau Panjang.

Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Lanas (Jeli) melepasi bacaan amaran.

Lain-lain sungai iaitu Sungai Pergau di Kuala Balah (Jeli), Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) dan Sungai Semerak di Jambatan Melor serta Pasir Puteh lomelepasi paras berjaga-jaga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN