Lelaki maut, kereta dipandu rempuh pokok kelapa sawit - Utusan Malaysia

Lelaki maut, kereta dipandu rempuh pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Felda Pasoh 2,3 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam dan hasil siasatan mangsa, Ismalizam Ismail, 46, yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar sebuah pokok kelapa sawit.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang memandu MPV jenis Nissan Grand Livina dalam perjalanan dari arah Pasoh 2 menghala ke Seremban. 

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, pemandu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan (arah bertentangan) sebelum melanggar sebatang pokok kelapa sawit. 

“Akibat daripada kemalangan, pemandu telah mengalami kecederaan parah di kepala dan telah dibawa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam ketika menerima rawatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, bedah siasat akan dilakukan pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya