Kelantan merekodkan tiga kematian akibat lemas

Kelantan merekodkan tiga kematian lemas akibat banjir

POLIS Kelantan mengingatkan orang ramai supaya memantau pergerakan anak-anak sepanjang musim banjir-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak tiga kematian melibatkan banjir telah direkodkan di negeri ini sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL)

bermula 21 Disember lalu sehingga semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu melibatkan tiga kanak-kanak satu di Kota Bharu dan dua di Rantau Panjang, Pasir Mas.

“Kes di Kota Bharu (Kubang Kerian) itu melibatkan kanak-kanak lelaki manakala dua di Rantau Panjang (Pasir Mas) kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, orang ramai dinasihatkan cakna dengan soal keselamatan anak-anak dibawah jagaan masing-masing supaya tidak bermain air tanpa pengawasan.

Katanya, pada masa sama orang ramai turut dinasihatkan supaya peka dan sentiasa mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN