Kejohanan Terbuka Polo Air Malaysia: Singapura juara, KL tempat kedua - Utusan Malaysia

Kejohanan Terbuka Polo Air Malaysia: Singapura juara, KL tempat kedua

Pasukan Polo Air Singapura menjuarai kejohanan manakala Kuala Lumpur di tempat kedua.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur dikecewakan Pacer Singapura apabila kalah 10:16 dalam kejohanan Malaysia Terbuka Polo Air di Aquatik Bukit Jalil petang ini.

Negeri Sembilan meraih tempat ketiga apabila menewaskan Selangor 17:16.

Jurulatih pasukan Kuala Lumpur, Joseph Chin berkata, saingan Kuala Lumpur menentang pasukan Singapura sengit dan pemainnya hanya mampu menduduki tempat kedua

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya berpuas hati berdasarkan prestasi ditunjukkan semua pemain ketika perlawanan itu.

“Kami melatih pemain kami agar lebih bersedia, menyedari kebolehan saingan lawan dan perlu berstamina untuk menghadapi kejohanan seterusnya terutama pada peringkat negara,” kata beliau hari ini.

Terdahulu, Joseph berkata, ketika ini   Kuala Lumpur adalah pasukan polo air terletak dalam tiga senarai teratas.

Jelas beliau, turut mengambil bahagian  dalam pertandingan tiga hari sejak Jumaat hingga hari ini ialah pasukan  Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Sarawak.

Pasukan luar negara ialah pasukan Hong Kong manakala Singapura menghantar dua pasukan iaitu Speedi dan Pacer.

Jelasnya, kejohanan hari ini, akan menjadi pengalaman buat Kuala Lumpur untuk terus membaiki persembahan.

Pasukan Kuala Lumpur diwakili Jason Ng Yew Soon, Tan Yi Xun, Joshua Ewe Jing Hong, Choo Lewen, Boonchuay Joanah Arun,  Toh Yi Hang,  Tan Yi Zhi, Khiew Tze Yean, Eu Joo Yi, Wong Chee Chin, Raul Dylan Hogath, Lai Wen Hang, Loh Guan Xiong, Ching Kok Leong – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya