Kadar tambang Shuttle Tebrau diselaraskan RM10 - Utusan Malaysia

Kadar tambang Shuttle Tebrau diselaraskan RM10

ANTHONY LOKE (tengah) bergambar bersama-sama pemimpin dan ahli DAP yang menghadiri Konvensyen DAP Johor di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kadar tambang Shuttle Tebrau yang kini kira-kira RM20 bagi perjalanan pergi-balik ke Singapura akan diselaraskan menjadi RM10 menjelang pertengahan Januari depan. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pada masa ini kadar tambang bagi perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura adalah RM5 untuk pergi, manakala $SG5 bagi pulang ke Johor Bahru.

Katanya, perbincangan yang sedang dilakukan adalah memberikan kadar tambang RM5 bagi perjalanan pergi balik hanya kepada rakyat negara ini sahaja. 

“Kira-kira 10,000 rakyat negara ini yang menggunakan khidmat perjalanan kereta api ini hampir setiap hari dan dengan penyelarasan kadar tambang ini, mereka boleh menjimatkan kira-kira RM10 sehari. 

“Penyelarasan kadar tambang ini juga tidak memerlukan perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah milik penuh kerajaan Malaysia,” katanya selepas merasmikan Konvensyen DAP Johor, di sini hari ini. 

Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, cadangan KTMB amat berpatutan dan perkara akan dibincangkan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kerana memerlukan sedikit perubahan dalam sistem penjualan tiket. 

“Saya mengharapkan ia akan dapat dilaksanakan dalam beberapa minggu bulan pertama tahun depan,” katanya.

Menurutnya, sama perkhidmatan Shuttle Tebrau itu akan diteruskan perkhidmatannya selepas Sistem Transit Aliran (RTS) yang menghubungkan Johor Johor-Singapura mula beroperasi pada 2027 akan dibincangkan kemudian.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN