Jemaah Menteri bincang isu doa laknat

Jemaah Menteri bincang isu doa laknat

MOHAMAD Sabu (tiga kanan) beramah mesra dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Zawawi Othman selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan di Kemasin, Bachok, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan Kerajaan Perpaduan mengambil serius isu doa laknat keatas satu-satu puak yang dilakukan oleh pihak tertentu sebelum ini apabila membincangkan perkara tersebut di peringkat Jemaah Menteri.

Presidennya yang Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perbincangan tersebut bagi memboleh tindakan diambil dalam membendung perkara ini daripada terus menular.

Menurutnya, hal ini kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat.

“Kita bincang supaya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) aktif dalam menangani.

“Dari segi soal cara undang-undang dan tindakan yang diambil itu kita serah kepada KDN dan Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di Kemasin, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu memberitahu, parti lamanya sebelum ini tidak pernah memberikan teguran apabila doa tersebut dilakukan keatas satu-satu puak.

Katanya, perkara tersebut berlaku pada Muktamar Ke-14 di Batu Pahat, Johor sebelum ini.

“Doa melaknat satu puak itu kini sudah menular ketika ini dan boleh memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat.

“Sebab itulah, Amanah mengambil serius doa laknat dan sama sekali tidak akan memberi restu kepada perkara tersebut,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya