PETALING JAYA: Wang derma disumbangkan orang awam diterima Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) disyaki tidak digunakan membantu rakyat Palestin sebaliknya dialih kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan negara konflik berkenaan. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan awal SPRM mendapati, dana berkenaan telah diberikan kepada beberapa syarikat untuk menjalankan aktiviti pelancongan, pengembaraan, akademi menembak,perlombongan emas, teknologi, pusat penyelidikan dan juga agensi media. Kata sumber itu, syarikat-syarikat berkenaan disyaki…