PETALING JAYA: Semua institusi pendidikan dan semua sekolah diwajib mematuhi prosedur operasi standard (MySOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19. Arahan dan peringatan itu dikeluarkan Kementerian Pendidikan melalui surat pekeliling bertarikh 18 Disember 2023 susulan sidang media khas Kementerian Kesihatan yang melaporkan berlakunya peningkatan penularan kes Covid-19 ketika ini. Ia sebagai persiapan terutama bagi semua pihak pengurusan sekolah dan institusi pendidikan sebelum cuti penggal ketiga berakhir…










