Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat 600 orang di Raub, Lipis - Utusan Malaysia

Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat 600 orang di Raub, Lipis

DUA penduduk menyelamatkan peralatan rumah yang mula dinaiki air banjir di Kampung Pamah Rawas di Raub, Pahang. - FOTO/IHSAN PENDUDUK PAMAH RAWAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 600 orang daripada 141 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah sehingga pukul 8 malam ini.

Daerah lipis mencatatkan mangsa terbaharu apabila empat PPS dibuka membabitkan 174 orang penduduk terjejas daripada 35 buah keluarga pada pukul 4 petang hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, di Lipis, PPS terbabit di Dewan Orang Ramai Kuala Serau menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga dan PPS Dewan Orang Ramai Kuala Medang seramai 113 orang (22 keluarga), PPS Masjid Bertang seramai 31 orang (lima keluarga) dan PPS Kechau Tui, sembilan mangsa (dua keluarga).

“Bagi Mukim Ulu Dong dan Mukim Dong, Raub jumlah mangsa meningkat seramai 429 orang daripada 106 buah keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

“Dua lagi PPS di Balai Raya Kuala Keloi dengan pemindahan mangsa seramai 14 orang daripada enam keluarga manakala PPS Dewan Dato Deriwa Dong seramai dua penduduk daripada sebuah keluarga dan PPS Dewan Kampung Kuala Gali seramai 37 orang (10 keluarga),” katanya jurucakap tersebut di sini hari ini.

Menurut jurucakap tersebut, PPS Kampung Pamah Kulat menempatkan seramai 65 mangsa daripada 16 buah keluarga, PPS Kampung Pamah Rawas 107 mangsa (29 keluarga), manakala 65 mangsa (14 keluarga) di PPS Surau Kampung Peruas.

“Turut menempatkan penduduk terjejas, iaitu PPS Balai Raya Pamah Rawas untuk pemindahan seramai 20 orang mangsa daripada empat keluarga, PPS Kampung Lechar seramai 65 orang mangsa daripada 13 buah keluarga.

“PPS Dewan Orang Ramai Bukit Pampong yang dibuka pada pukul 9 pagi hari ini masih kekal seramai 51 orang daripada 13 buah keluarga penduduk kampung tersebut berpindah ke situ,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap itu berkata, dua batang sungai di Lipis dan Maran menunjukkkan aras bahaya, iaitu Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis mencatat 85.45 meter dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran pada paras 27.46 meter dalam keadaan tren menaik.

Tambahnya, enam batang sungai di Lipis, Jerantut, Temerloh, Kuantan dan Rompin mencatat aras amaran juga dalam keadaan tren menaik, manakala 12 batang sungai di daerah yang sama aras waspada.

Jurucakap tersebut menjelaskan hujan dan ribut petir di beberapa tempat 11 daerah negeri diramalkan mulai hari ini sehingga malam esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya