Banjir di Pasir Mas semakin baik

Banjir di Pasir Mas semakin baik

KAWASAN rumah penduduk masih lagi ditenggelami banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bencana banjir yang melanda negeri ini semakin baik apabila seramai 27 orang mangsa dari Rantau Panjang, Pasir Mas masih berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, setakat pukul 4 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir itu berkurang sebanyak 35 berbanding 62 orang pada pukul 8 pagi tadi.

Ketika ini SK Gual Tok Deh menjadi PPS tunggal di negeri ini yang masih aktif menempatkan mangsa banjir.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada tujuh buah keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di sini.

“PPS yang mula dibuka pada 23 November lalu itu menempatkan seramai 9 mangsa lelaki dewasa, 8 wanita dewasa dan 10 kanak-kanak.

“Tiga buah PPS di Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok dan SMK Gual Periok ditutup sepenuhnya pada pukul 3.30 petang semalam,” katanya.

Sementara itu, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras berjaga-jaga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN