Anggota polis sanggup tahan sakit untuk berkas pengedar dadah

Anggota polis sanggup tahan sakit untuk berkas pengedar dadah

SEBAHAGIAN dadah yang dirampas selepas menahan dua suspek di Kampung Pangkal Pisang, Melor, Kota Bharu, Kelantan.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang anggota polis yang mengalami keretakan tulang di bahagian pergelangan tangan kanan sanggup menahan kesakitan semata-mata mahu memberkas dua pengedar dadah dalam serbuan Kampung Pangkal Pisang, Melor di sini awal pagi semalam.

Terdahulu, mangsa telah bergelut sebelum di tendang suspek semasa operasi menangkap dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah menahan kedua-dua suspek yang berada di dalam sebuah kereta di kawasan bandar Pasir Tumboh.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota polis kedua-dua suspek telah bertindak melarikan, bagaimanapun berjaya ditahan di Kampung Pangkal Pisang.

“Kemudian berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek. Suspek kemudian telah menendang mangsa sehingga terjatuh menyebabkan anggota itu retak tulang di pergelangan tangan kanan.

“Komitmen tinggi anggota tersebut bersama rakannya berjaya menahan kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, pemeriksaan lanjut yang dilakukan keatas kereta di naiki suspek membawa kepada penemuan ganja bernilai RM700.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mempunyai 23 rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah.

“Kedua-dua suspek turut dikehendaki polis kerana terlibat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Kota Bharu.

“Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek didapati positif jenis dadah tetrahydrocannabinol.
Kedua-dua suspek ditahan reman seminggu bermula semalam hingga 15 Disember untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya