PETALING JAYA: Seramai 6,576 penjenayah dipakai peranti pemantauan elektronik (EMD) sejak November 2015 sehingga 15 November lalu bagi membolehkan pergerakan mereka dipantau polis. Pesalah yang dipakaikan peranti itu adalah mereka yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap selain jenayah kekerasan, harta benda, perjudian, dadah, pelacuran, penyeludupan migran (ATIPSOM) dan jenayah komersial (JSJK). Turut dipakaikan pesalah-pesalah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 selain Akta…










