Saya ikut skrip sahaja – Nabil Ahmad - Utusan Malaysia

Saya ikut skrip sahaja – Nabil Ahmad

Nabil Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Nabil Ahmad, menjelaskan segala informasi dan fakta yang dibacakan berkenaan lagu di program All Stars Gegar Vaganza ditulis oleh penulis skrip.

Menurut Nabil, atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, walaupun jenaka yang diselitkan sepanjang mengendalikan program ini datang daripada idea sendiri, namun fakta tentang lagu dan trivia peserta adalah hasil kajian daripada penulis skrip.

“Memang ada beberapa lawak yang saya buat tiada dalam skrip. Tapi untuk informasi lagu dan juga trivia artis, itu memang sudah ada dalam skrip.

“Jadi, sebagai pengacara, saya kena baca apa yang sudah ditulis oleh penulis skrip. Jika ada fakta yang didakwa tidak betul berkenaan lagu, mungkin boleh terus bertanya dengan penulis tersebut, nanti saya berikan nombornya,” jelas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Nabil mengulas mengenai kritikan warganet yang mengatakan pengacara itu salah me­nyampaikan informasi sebenar lagu Cindai dengan mengaitkannya dengan kewujudan pontia­nak.

Walaupun dikecam, Nabil tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata itu dan mengakui dirinya dalam keadaan baik sahaja.

“Tiada apa-apa, saya okay sahaja,” responnya ringkas.

Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia mendapatkan kenyataan penulis skrip berkenaan tidak berjaya apabila pihak­nya enggan memberi sebarang kenya­ta­an.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN