PETALING JAYA: Pengacara, Nabil Ahmad, menjelaskan segala informasi dan fakta yang dibacakan berkenaan lagu di program All Stars Gegar Vaganza ditulis oleh penulis skrip. Menurut Nabil, atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, walaupun jenaka yang diselitkan sepanjang mengendalikan program ini datang daripada idea sendiri, namun fakta tentang lagu dan trivia peserta adalah hasil kajian daripada penulis skrip. “Memang ada beberapa lawak yang saya buat tiada dalam skrip. Tapi untuk informasi lagu…