RUU Belanjawan 2024 lulus peringkat dasar - Utusan Malaysia

RUU Belanjawan 2024 lulus peringkat dasar

PERUNTUKAN kawasan Parlimen bagi seseorangv wakil rakyat membantu rakyat di kawasan masing-masing-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024), diluluskan selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat.

RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Sesi undian dibuat selepas  penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di pada pukul  6.50 petang.

Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar, bermula 16 Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya