Penghafal lima juzuk al-Quran pasang niat jadi pemain profesional golf

Penghafal lima juzuk al-Quran pasang niat jadi pemain profesional golf

MUHAMMAD Afham Othman serius mengejar cita-cita menjadi pemain golf profesional negara pada masa hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi Gua Musang dekat sini yang merupakan penghafal lima juzuk al-Quran memasang niat untuk menjadi pemain golf profesional negara pada masa hadapan.

Muhammad Afham Othman, 12, berkata, semangat itu semakin membuak-buak selepas merangkul kejuaraan 47th Kelantan Amateur Open 2023 anjuran Kelantan Golf Country Club (KGCC) dua minggu lalu.

Menurutnya, sebelum itu dia berjaya menggondol kejuaraan bawah 12 tahun kejohanan golf anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2023.

“Bagaimanapun, saya perlu bekerja lebih keras jika mahu lebih serius dalam sukan ini terutama dari segi corak permainan.

“Ia bukan tugas mudah, apa yang penting, saya perlu terus kekal fokus bagi memastikan impian tersebut menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Muhammad Afham memberitahu, dia menjadikan jaguh dunia iaitu Tiger Wood sebagai idola dalam sukan itu untuk terus membakar semangat dalam mengejar cita-cita ke arah pemain profesional.

Katanya, sokongan padu dari bapa Othman Ismail menjadi tonik paling berharga untuk terus menggilap bakat dalam sukan ini.

Sementara itu, Othman berkata, dia berharap Muhammad Afham terus kekal konsisten dan memberikan aksi terbaik sepanjang pertandingan yang disertainya itu.

Katanya, sokongan dan dorongan akan terus diberikan kepada Muhammad Afham dalam mengejar cita-citanya sebagai pemain golf profesional selepas mendapat pendedahan ketika berusia sembilan tahun.

“Saya tidak menyangka bakatnya mula menyinar selepas menduduki tempat kedua pada 2022 semasa menyertai pertandingan golf MSSK Kelantan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya