Pengambilan pekerja asing, wanita ditahan terima habuan RM45,000  - Utusan Malaysia

Pengambilan pekerja asing, wanita ditahan terima habuan RM45,000 

SD Murad dakwa Anwar ada RM3 bilion disiasat tetapi AGC kata tiada pertuduhan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000 sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer.

Penahan suspek berusia  20-an itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika dia hadir memberikan keterangan.

Sumber berkata, suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak Jun hingga Oktober lalu.

“Perintah reman  tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 November  dikeluarkan  Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. 

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN