PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menaikkan harga lantai padi dan benih padi bagi meningkatkan penghasilan beras tempatan, sekali gus menampung keperluan beras dalam negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Che Ani Mat Zain berkata, langkah itu lebih adil kepada pesawah kerana mengimbangi harga padi di sawah dengan harga beras di pasaran. “Kerajaan perlu stabilkan harga beras tempatan dan beras import supaya pengilang boleh menaikkan harga padi untuk beras tempatan kepada RM3.50 sekilogram. “Sekarang ini, kalau nak dibandingkan dengan negara Asia, Malaysia paling…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya