Mangsa ketika maut dibaham harimau di Gua Musang

Lelaki warga Indonesia mangsa ketiga maut dibaham harimau di Gua Musang

harimau
KEADAAN mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan mengerikan selepas dibaham harimau belang di ladang getah Kampung Kuala Tol, Gua Musang, Kelantan-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ancaman harimau di Gua Musang semakin serius apabila seorang lelaki warga Indonesia menjadi mangsa ketiga yang maut dibaham haiwan dalam tempoh tiga minggu selepas mayatnya ditemui dalam mengerikan di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Syabaini, 36, dijumpai dengan anggota tubuh badan yang tidak sempurna apabila kehilangan tangan kanan, cedera pada bahagian leher dan kedua-dua ibu jari kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis menerima laporan kehilangan mangsa kira-kira pukul 1.30 tengah hari daripada seorang lelaki yang memaklumkan pekerja ladang getahnya disyaki telah dibaham harimau.

Menurutnya, susulan daripada laporan itu, satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan penduduk setempat dijalankan di kawasan tersebut.

“Selepas menjalankan operasi kira-kira sejam, mayat mangsa ditemui lebih kurang 200 meter dari lokasi motosikalnya.

“Lelaki itu dijumpai dalam keadaan tidak sempurna di kawasan cerun di dalam hutan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan SAR pada pukul 6.16 petang dan tiba di Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini kira-kira pukul 7 petang untuk proses bedah siasat.

Katanya, pihak Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, dua lelaki maut dibaham harimau dalam tempoh 48 jam membabitkan seorang lelaki warga Indonesia dan lelaki Myanmar.

Mangsa pertama merupakan warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemui maut pukul 10 pagi pada 10 November lalu di Kampung Meranto di Gua Musang.

Keesokan harinya, seorang lelaki warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut akibat diserang pak belang kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika menoreh getah di Ladang Meranto.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.