GUA MUSANG: Lebih 1,200 penduduk Kampung Limau Kasturi yang tinggal di pinggir Sungai Galas sudah mula berkemas dan memindahkan barangan ke atas rumah rakit sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi bencana banjir. Penghulu Mukim Kampung Limau Kasturi, Mohd. Shaffien Mohmood berkata, persiapan itu sudah dimulakan sejak awal bulan lalu apabila lebih 20 rumah rakit dan lebih 10 bangsal telah dibaik pulih sebagai persediaan sekiranya kawasan mereka dilanda banjir. “Mereka yang tinggal di berhampiran jambatan Sungai Kerak sentiasa berwaspada dengan paras air sungai dan akan mula berpindah keluar sekiranya air mencecah jambatan besi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya