Kurang 48 jam, lelaki Myanmar jadi mangsa kedua maut dibaham harimau di Gua Musang

Kurang 48 jam, lelaki Myanmar jadi mangsa kedua maut dibaham harimau di Gua Musang

AKHA Soe Ya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan akibat diserang oleh seekor harimau belang ketika menoreh getah bersama isterinya di ladang Meranto, Gua Musang, Kelantan semalam.-UTUSAN/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki Myanmar menjadi mangsa kedua yang maut dibaham harimau belang kurang dari tempoh 48 jam dalam kejadian di ladang Kampung Meranto, di sini semalam.

Ahka Soe Ya, 22, menjadi mangsa kedua yang maut dibaham haiwan liar itu selepas lelaki warga Indonesia dalam kejadian di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini hari ini.

Difahamkan semasa kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa yang sedang menoreh getah bersama isteri di ladang Meranto di sini telah diserang oleh pak belang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, serangan haiwan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan berdarah pada bahagian belakang leher.

Menurutnya, empat orang warganegara Myanmar dipercayai isteri dan rakan mangsa kemudian meminta bantuan seorang lelaki berbangsa Cina yang berada tapak pemeriksaan kayu balak untuk membawa Seo Ya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menerima rawatan kecemasan.

“Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, pihak perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan serta menangkap haiwan berkenaan.

Utusan Online melaporkan, seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukria, ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya