PETALING JAYA: Yayasan MyAQSA (MyAQSA) sudah bersedia dengan bukti-bukti terkini kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza untuk dikemukakan kepada pihak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengurusnya, Mohd. Norazman Mohd. Arif berkata, selain ICC, pihaknya juga akan membuat aduan rasmi kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan (UNCAT), New York. Malah, menurut beliau, segala bentuk kekejaman itu akan juga diserahkan…