Hotel Seri Malaysia lancar pelan tingkat integriti, cegah rasuah - Utusan Malaysia

Hotel Seri Malaysia lancar pelan tingkat integriti, cegah rasuah

AWANGKOK Ahmad Taufik Putra Awang Ismail (tiga dari kiri) dan Dr. Zaharudin Othman (empat dari kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) menunjukkan isyarat menolak rasuah pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi RHSM 2022–2026 di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Rangkaian Hotel Seri Malaysia hari ini melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2022-2026 dalam usaha meningkatkan integriti dan memastikan ia bebas daripada amalan rasuah.

Pengerusi Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) Sdn. Bhd., Dr. Zaharudin Othman berkata, bagi mencapai matlamat itu, pelan berkenaan telah menggariskan tiga strategi, empat objektif dan 23 inisiatif dengan 10 in

Daripada 23 inisiatif tersebut, katanya, sebanyak 10 inisiatif telah pun dilaksanakan sejak tahun lalu sehingga bulan Oktober lalu.

“Tahun depan, RHSM akan melangkah ke usia 30 tahun dalam industri perhotelan negara dengan banyak pencapaian serta kejayaan telah dicatatkan. Namun kami tidak boleh berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disampaikan.

“Bagi memastikan kami sentiasa relevan, satu perubahan inovasi sosial perlu dilaksanakan daripada semasa ke semasa, sesuai dengan peredaran zaman dan tuntutan semasa,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran OACP RHSM 2022-2026 di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif RHSM, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Sahabudin.

Zaharudin berkata, antara 10 inisiatif yang telah dilakukan dalam OACP RHSM adalah latihan, bengkel, sesi penerangan bersama ketua jabatan dan majlis pelancaran pelan itu hari ini.

“Bagi saya, integriti amat penting dalam perniagaan dan sikap tidak amanah boleh menjejaskan perniagaan dalam tempoh jangka panjang. Sebab itu, kita memerlukan langkah pencegahan awal bagi memastikan gejala rasuah tidak menjadi barah dalam perniagaan,” ujarnya.

Sehingga kini RHSM mempunyai sebanyak 20 hotel di seluruh negara.   

Sementara itu, Awangkok Ahmad Taufik Putra menggesa ahli sesebuah organisasi mengatasi rasa takut untuk melaporkan perbuatan rasuah kepada pihak berkuasa.

“Jika kita takut maka pencegahan tidak berlaku dan gejala itu boleh menjadi berleluasa dan akhirnya menjejaskan organisasi,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya