DUN Kelantan: Pelan hidrologi, sistem saliran atasi banjir kilat di Kota Bharu

DUN Kelantan: Pelan hidrologi, sistem saliran atasi banjir kilat di Kota Bharu

DR. Izani Husin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperkenalkan pelan hidrologi dan sistem saliran bandar bagi mengatasi masalah banjir kilat di bandar ini terutama Wakaf Che Yeh dan Tunjong serta kawasan sekitar.

Pengerusi Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, pelan itu melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Sungai Seribong dan tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk dijadikan sebagai saliran utama ke Laut China Selatan.

Menurutnya, pembinaan dua kolam takungan (Retention Pond) setiap satu berkeluasan 11.112 hektar dan 5.8484 hektar bagi mengumpulkan air dari longkang dan saliran dalam kawasan pembangunan sebelum dilepaskan ke laut.

“Selain itu, kita akan membina dan menaiktaraf longkang dan saliran sedia ada kesemua kawasan tadahan (catchment area) dan ‘invert level’ sebagaimana yang diperakukan oleh kajian hidrologi dan sistem saliran.

“Meninggikan aras pelantar tapak (Platform Level) kawasan pembangunan agar semua tapak Pembangunan berada di aras selamat banjir,” katanya menjawab soalan Shaari Mat Yaman (Bunut Payong-Pas) semasa Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dr. Izani memberitahu, pada masa sama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di jajahan Kota Bharu bagi mengenalpasti punca-punca kejadian banjir kilat yang berlaku.

Katanya, ia akan dijadikan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat dikawasan tersebut.

Dr. Izani berkata, Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 sedang dilaksanakan oleh JPS dengan nilai RM480 juta. 

Katanya, ia melibatkan tiga komponen utama iaitu Rancangan Tebatan Banjir, Living River dan Saliran Mesra Alam.

“Kerja pembaikan Sungai Kelantan dan pembinaan levee sepanjang tiga kilometer (km) dari Kampung Tikat ke Kedai Buloh, Kota Bharu (sambungan Fasa 1) dan 5.6 km dari Palekbang ke Kok Majid, Tumpat 

“Pembinaan benteng banjir sejauh 1.4km di Kampung Laut, Tumpat, Saliran Bandar Tunjong dan bagi skop living river melibatkan kerja-kerja pengerukan Sungai Pengkalan Datu dan muaranya serta kerja-kerja pengorekan sungai dan pengukuhan tebing termasuk kerja-kerja Water Treatment System di Sungai Pengkalan Chepa,” katanya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN