KOTA BHARU: Kerajaan Negeri masih meneliti cadangan untuk mewujudkan Program Latihan Negeri (PLKN) ala Kelantan sebagaimana yang dikemukakan semasa Kongres Arah Tuju Kelantan Maju di Putrajaya pada 3 Jun lalu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya mengambil serius berkait cadangan tersebut.
“Kita (Kerajaan Kelantan) akan membawa cadangan tersebut dan meneliti kesesuaiannya.
“Hal ini bagi membolehkan supaya ia boleh dilaksanakan dalam konteks negeri Kelantan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (Pas-Kuala Balah) pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.-UTUSAN