DUN Kelantan: ADUN Pembangkang hanya terima peruntukan dibawah RKP

DUN Kelantan: ADUN Pembangkang hanya terima peruntukan dibawah RKP

MOHD. Nassuruddin Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang di Kelantan hanya menerima peruntukan dibawah Rancangan Kecil Pembangunan (RKP) berjumlah RM250,000 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, peruntukan lain yang diterima oleh ADUN kerajaan tidak akan diberikan kepada pembangkang.

Menurutnya, hal ini kerana Kerajaan Negeri difahamkan turut menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Malah jumlah peruntukan yang diterima oleh ADUN pembangkang daripada Kerajaan Pusat dikatakan lebih besar daripada peruntukan diberikan oleh Kerajaan Negeri.

“Jika peruntukan ADUN kerajaan turut diberikan kepada merek (pembangkang) berkemungkinan besar peruntukan pembangkang lebih besar daripada Exco Kerajaan Negeri sendiri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, jika pemberian secara sama bermakna ia tidak bersifat adil kerana ADUN-ADUN kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada pusat.

Katanya, peruntukan RKP untuk tahun ini disalurkan kepada semua ADUN termasuk pembangkang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN