Cukai baharu? : Bagaimana mekanismenya

Cukai baharu? : Bagaimana mekanismenya

RAKYAT sebagai pembayar cukai wajar diperjelaskan bagaiman a mekanisme cukai baharu. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menguar-uarkan segera mekanisme cukai baharu termasuk daripada pindaan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat ketika pelaksanaanya kelak.

Ini susulan daripada  pembentangan Belanjawan 2024 menyaksikan pelbagai pengumuman cukai baharu antaranya cukai minimum global dan cukai barangan bernilai tinggi, namun butiran masih belum dijelaskan kepada masyarakat sekali gus bakal mengundang aspek kelemahan ketika penguatkuasaan nanti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, semua pihak perlu dijelaskan dengan mekanisme pencukaian itu termasuk daripada segi kadar dikenakan, jenis barang dan penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, perkara itu amat penting agar tidak mengulangi masalah cukai barang dan perkhidmatan (GST) apabila ramai masyarakat masih tidak memahami pelaksanaan pencukaian tersebut meskipun ia bagi menjamin sumber pendapatan yang stabil untuk negara.

Buat masa ini kata beliau, cadangan cukai baharu masih dalam proses penggubalan undang-undang sekali gus masih belum dikenalpasti perincian pelaksanaan sistem percukaian tersebut.

“Selalunya selepas undang-undang diwartakan, maka Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) akan menguar-uarkan butiran dan jenis serta perubahan cukai baharu. Tapi kita kena tunggu dahulu sehingga proses ini selesai, barulah diketahui segala perincian.

“Bagaimanapun bagi kekeliruan, perlulah ada perincian butiran dan perubahan cukai kepada rakyat. Berapa jumlah dan apakah jenis barangan dikenakan cukai? Siapa yang bakal berdepan kenaikan cukai? Ini perlu dijelaskan terperinci kepada rakyat,” katanya.

Selain cukai minimum global dan cukai barangan bernilai tinggi, kerajaan mencadangkan menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 berbanding 6 peratus dan akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke.

Perkara diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024, namun ia tidak membebankan rakyat apabila peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Mengulas lanjut, Abu Sofian berkata, walaupun masih terlalu awal untuk kerajaan menjelaskan perincian cukai baharu kepada kerana penggubalan undang-undang masih belum selesai, namun kewajaran untuk menerangkan kepada umum bagi mengelakkan kekeliruan.

“Buat masa kini undang-undang ini masih proses penggubalan, namun kena beri masa kerajaan untuk perincikan segala aspek dan mekanisme pencukaian baharu,” katanya.

Dalam pada itu,  Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia, Prof. Ts Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussien, terdapat beberapa insentif pencukaian masih bersifat jangka pendek sekali gus masih belum cukup menampung rakyat untuk masa akan datang.

Beliau memberi contoh pemberian pelbagai kemudahan kenderaan elektrik (EV) seperti insentif pengecualian cukai jalan mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025 dan pengecualian duti import ke atas komponen untuk pemasangan masih belum cukup menyokong penggunaan pengangkutan itu untuk tempoh jangka panjang.

Katanya, pengguna perlu berdepan harga jualan EV yang masih tinggi di samping alat komponen dan bateri yang menelan kos agak tinggi.

“Jadi pengumuman insentif ini bersifat jangka pendek, jadi perlukan satu pemberian untuk menyokong untuk jangka panjang. Apatah lagi melihat kemampuan bekalan sokongan elektrik untuk penggunaan EV untuk masa akan datang,” katanya.

Justeru itu beliau mencadangkan agar mewujudkan satu badan atau suruhanjaya untuk kawal selia EV untuk memastikan polisi dan dasar diketengahkan dapat dilaksanakan secara dlaksanakan menyeluruh dan komprehensif. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya