APCW: Tunjuk semangat, komitmen sama isu Palestin - Utusan Malaysia

APCW: Tunjuk semangat, komitmen sama isu Palestin

ONN HAFIZ GHAZI berucap pada Persidangan Asia Pacific Climate Week 2023 di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi gesa masyarakat dunia yang peka dan sensitif dengan kesan perubahan iklim untuk menunjukkan semangat dan solidariti sama berkiatan isu kekejaman rejim Israel di Palestin.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menggesa gencatan senjata dilakukan segera di Gaza, sekali gus menamatkan pembunuhan ribuan individu tidak berdosa.

“Saya mahu ambil peluang ini untuk kita sama-sama merenungkan tragedi pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza. Oleh itu, saya menyeru masyarakat rasional untuk berpihak kepada keadilan, belas ihsan dan kasih sayang.

“Masyarakat dunia perlu berusaha mendesak gencatan senjata bagi menghentikan perkara ini. Usaha yang diambil bagi mengatasi kesan perubahan iklim juga perlu ditunjukkan dalam mengatasi isu di Palestin. Kita perlu gunakan tenaga, semangat dan komitmen sama dalam soal ini,” katanya dalam ucapan sempena Persidangan Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini. 

Onn Hafiz turut memberitahu, isu Palestin juga bersangkut paut dengan kewujudan generasi akan datang.

“Kita mesti bertindak atas nama kemanusiaan. Kita mesti ambil tindakan sesama manusia untuk generasi masa depan kita,” katanya.

Mengenai APCW 2023, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri memberi komitmen penuh dalam menangani kesan perubahan iklim yang merupakan masalah global.

“Negeri ini berdepan bencana banjir paling buruk pada Mac lalu, iaitu sejumlah 20,000 keluarga terjejas dengan seramai 80,000 individu kehilangan tempat tinggal dan kerugian harta benda bernilai berbilion ringgit.

“Justeru, APCW 2023 ini bukan sekadar satu program semata-mata, sebaliknya mempunyai cabaran kepentingan dalam konteks global yang sangat besar.

“Persidangan ini memainkan peranan penting dalam memacu perbincangan, perubahan dasar dan tindakan bersesuaian di seluruh dunia. Ia berfungsi sebagai pemangkin bagi perubahan global positif dan Johor berhasrat untuk belajar daripadanya,” katanya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya