Anwar tidak wajar guna penuruntukan tekan pembangkang-Pas

Anwar tidak wajar guna peruntukan tekan pembangkang – Pas

SEBAHAGIAN pemimpin Pas dan penyokong menunaikan solat sunat hajat semasa Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Palestin di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan peruntukan untuk menekan Ahli Parlimen Pembangkang disifatkan sebagai tidak wajar

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai ketua kerajaan Anwar perlu menyediakan peruntukan kepada pembangkang tanpa sebarang syarat atau rundingan.

“Paling besar sekali saya fikir kerajaan mesti menyediakan peruntukan yang berhak diterima oleh Ahli Parlimen. Bagi kami mereka (Kerajaan Perpaduan) menggunakan peruntukan sebagai tekanan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan ini tidak sepatutnya berlaku.

“Beri sahajalah (peruntukan Ahli Parlimen) sebab ini bukan hak Ahli Parlimen… Ini hak rakyat yang diwakili,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Palestin di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengatakan tiada sebarang rundingan dilakukan oleh pihak pembangkang dengan Kerajaan Perpaduan berkait perkara tersebut.

Katanya, Ketua Whip Ahli Parlimen Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pernah mengadakan pertemuan dengan Fadillah di peringkat awal isu peruntukan disuarakan.

“Kita sudah bincang… apa lagi nak bincang? Datuk Takiyuddin dan jumpa (Fadillah). Bagi kami tengok macam di Kelantan. Tiada syarat apa-apa…kita berikan sahaja.

“Bahkan di negeri-negeri yang kita (Perikatan Nasional) menang kita bagi peruntukan (kepada pembangkang). Tak ada runding dan tak bincang pun… kita berikan sahaja sebab ini hak rakyat yang diwakili,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim mendakwa tindakan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima peruntukan RM300,000 selepas seminggu menyatakan sokongan kepada Anwar mempunyai unsur rasuah.

“Pemberian peruntukan selepas seminggu menyatakan sokongan itu kita lihat sebagai ada unsur-unsur rasuah. Saya rasa sudah ada laporan dibuat tetapi Pas sendiri tidak buat laporan.

“Bagi kami Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempuyai tanggungjawab dalam perkara ini. Mereka sudah tahu. Kadang-kadang SPRM ni kita tak payah repot. Dia (SPRM) sudah tahu dan sepatutnya mereka bertindaklah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya