Wanita dicekup simpan herion, pil kuda

Wanita dicekup simpan heroin, pil kuda

MUHAMAD Zaki Harun (dua kiri) bersama pegawai menunjukkan rampasan dadah semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita yang disyaki pengedar dadah dicekup selepas didapati menyimpan sebanyak 1,000 biji pil kuda dan 94 botol heroin bernilai RM199,000 di sebuah rumah dan kereta di Kampung Lembah, Cherang Ruku dekat Pasir Puteh semalam.

Penganggur yang berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.25 pagi semasa berada di kawasan beranda rumah tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua dadah tersebut ditemui semasa polis menjalankan pemeriksaan di dalam rumah dan kereta jenis Honda Civic milik wanita itu.

Menurutnya, siasatan mendapati, suspek yang sudah berkahwin dikatakan menjadi orang perantaraan dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Selain dadah, kita turut merampas sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah.

“Pil kuda dan dadah jenis heroin yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada seramai 6,327 orang penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, semakan mendapati wanita terbabit tidak mempunyai rekod lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN