Tukang masak edar ekstasi lebih RM400,000 - Utusan Malaysia

Tukang masak edar ekstasi lebih RM400,000

BAHRIN MOHD. NOH (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas daripada seorang lelaki pada 8 Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang tukang masak ditahan di rumah sewanya di Taman Sam Hoe, dekat sini kerana disyaki memiliki dadah jenis ekstasi lebih kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM446,492.20

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, lelaki berusia 34 tahun itu dicekup dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah Kluang kira-kira pukul 11 pagi, 8 Oktober lalu.

Menurutnya, selain merampas ekstasi 6.1 kg itu, pihaknya turut menemukan dadah jenis ketamin seberat 7.70 gram berharga RM1,155.

“Senarai rampasan adalah meliputi 88 peket kecil berisi bahan disyaki serbuk ekstasi seberat 19 gram satu peket dan dijual antara RM150 hingga RM300 sepeket. 

“Satu peket plastik bahan disyaki serbuk ekstasi seberat satu kilogram yang dijual pada harga RM78,000, empat peket berisi bahan disyaki ketamin seberat 7.70 gram serta Lima balang berisi bahan disyaki serbuk ekstasibseberat 3,405.68 gram,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kluang, di sini hari ini. 

Menurut Bahrin, jumlah keseluruhan rampasan termasuk sebuah kereta Honda Accord berjumlah RM484,747.20.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis meth, ketamin dan benzo, namun tiada rekod kesalahan lampau. 

“Siasatan awal mendapati dadah ini untuk pasaran di Kluang dan Batu Pahat, namun hanya kepada pelanggan tertentu yang mengenalinya serta boleh menampung keperluan sehingga 1,000 penagih. 

“Suspek yang sudah beristeri serta mempunyai seorang anak itu dikenakan tahanan reman selama enam hari hingga 14 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati disebat tidak kurang 12 sebatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN