Tayar celup punca banyak serpihan di lebuh raya - Utusan Malaysia

Tayar celup punca banyak serpihan di lebuh raya

Kerajaan mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk membuat rondaan lebih kerap bagi memastikan tiada objek atau halangan terdapat di atas lebuh raya termasuk serpihan tayar lori demi keselamatan pengguna. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 KUALA LUMPUR: Serpihan tayar lori yang berada di lebuh raya berpunca daripada kegunaan tayar celup yang tidak mematuhi piawaian, mudah pecah dan tertanggal.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kebanyakan tayar celup digunakan oleh lori bermuatan berat untuk perjalanan jauh.

“Pihak kementerian mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk membuat rondaan lebih kerap bagi memastikan tiada objek atau halangan terdapat di atas lebuh raya termasuk serpihan tayar lori demi keselamatan pengguna.

“Rondaan rutin dilaksanakan mengikut pusingan ditetapkan, pemantauan lebuh raya turut dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi tertentu dan diselia oleh pusat kawalan trafik konsesi yang beroperasi 24 jam sehari,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai langkah dilakukan pengendali lebuh raya untuk memastikan keselamatan pengguna daripada risiko kemalangan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan kenderaan dan kecederaan pengguna akibat keberadaan objek seperti serpihan tayar lori di jalan raya.

Katanya, jik  terdapat objek atau serpihan yang menghalang lalu lintas, operator di pusat kawalan akan memaklumkan kepada pasukan peronda untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dengan segera.

“Sesi perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan secara berkala bagi penyelesaian penggunaan tayar celup, syarikat konsesi juga melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan lebuh raya secara berkala bagi memastikan lebuh raya bersih daripada sampah sarap dan selamat digunakan.

“Pengguna juga digalakkan membuat aduan halangan atau kerosakan lalu lintas dengan menghubungi talian hotline dengan lebuh raya terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya