SPRM beri `laluan’ polis siasat Roger dahulu - Utusan Malaysia

SPRM beri `laluan’ polis siasat Roger dahulu

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keutamaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa terlebih dahulu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, buat masa ini, tiada keperluan untuk SPRM menjalankan siasatan ke atas bekas pegawai bank berkenaan.

“Kita serahkan kepada PDRM dahulu. Buat masa ini kita tidak ada lagi sebarang keperluan untuk memanggilnya (Roger Ng) dan kita serahkan kepada PDRM kerana siasatan mereka perlu diberi diutamakan.

“Mungkin mereka (PDRM) ada maklumat yang lebih penting yang ‘lead to certain findings’ (membawa kepada penemuan tertentu), jadi kita serahkan kepada PDRM sehinggalah mereka selesai menjalankan siasatan,” katanya selepas majlis Program Public-Private Partnership (PPP) Fasa 2 di sini, hari ini. 

Menurut beliau,  pihaknya akan meneliti keperluan untuk menyiasat Roger sebaik PDRM selesai dengan siasatan  kerana mungkin ada siasatan oleh PDRM itu sudah meliputi keperluan siasatan SPRM.

Mengenai Jasmine Loo Ai Swan, Azam berkata,pihaknya menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk meneliti segala keterangan yang direkodkan daripada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN