Skandal 1MDB: Roger Ng diserah kepada Malaysia hari ini

Skandal 1MDB: Roger Ng diserah kepada Malaysia hari ini

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK:  Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana membantu menggelapkan berbilion ringgit kekayaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan tuduhan di negara itu.

Ketua Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Margo Brodie di Brooklyn semalam mengarahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs  menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS hari ini supaya dia boleh diserahkan kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia.

Sebelum diserahkan kepada Malaysia, pendakwa dalam satu surat awal kepada Brodie berkata, Roger dikehendaki kembali ke AS untuk menjalani hukuman penjara dan ia turut dipersetujui peguam lelaki itu.

Brodie menjatuhkan hukuman kepada Ng pada Mac lalu, iaitu 11 bulan selepas juri mendapati dia bersalah kerana membantu bekas bos Goldman, Tim Leissner mencuri wang 1MDB, mencuci hasil dana itu dan menyogok pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan.

Hukuman terhadap Leissner yang tertangguh dijadualkan pada 19 Mac 2024.  Pada Oktober 2020, Goldman bersetuju membayar AS$2.9 bilion (RM12.98 bilion) dan unitnya di Malaysia mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Roger ditahan di Malaysia pada November 2018 dan bersetuju untuk diekstradisi ke AS.

Pada 7 September lalu, Brodie menangguhkan tarikh serah diri Roger ke penjara dari 6 September kepada 6 Oktober tahun ini.

Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pasukan pendakwa raya Persekutuan Amerika Syarikat (AS) ‘mencari lebih banyak masa’ untuk berbincang dengan Kuala Lumpur mengenai membenarkan Ng pulang ke Malaysia bagi menjalani perbicaraan. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya