Sekolah tempat didik isu kemanusiaan

Sekolah tempat didik isu kemanusiaan

AZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah Kementerian Pendidikan (KPM)membenarkan pihak sekolah mengadakan program solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas tidak wajar dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR), Dr. Azmi Hassan berkata, adalah wajar anak-anak muda di sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi didedahkan dengan isu-isu kemanusiaan di Palestin.

“Tidak seharusnya timbul isu mempersoalkan kewajaran KPM membenarkan program menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.

“Langkah ini wajar kerana ia mengajar pelajar tentang kedaulatan sesebuah negara perlu dipertahankan dan perundangan antarabangsa perlu dihormati.

“Sekolah bukannya mahu menanam perasaan untuk berada dalam kumpulan mana tetapi ia bersifat realiti yang hanya menerangkan tentang konflik antarabangsa dalam ruang lingkup yang boleh difahami,’’ katanya.

Azmi berkata, masalah yang timbul ialah masyarakat jarang menggunakan isu semasa dan antarabangsa untuk menerangkan sesuatu objektif.

Semalam, langkah KPM me­laksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan kerajaan termasuk sekolah-sekolah mencetuskan perdebatan berhubung kewajaran program itu.

Ada yang menyokong usaha tersebut kerana dilihat bertujuan mendidik pelajar terhadap nilai manusiawi dan ada yang menentang kerana berpendapat sekolah perlu kekal neutral.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, peringkat sekolah adalah permulaan yang sangat bagus untuk mendedahkan mengenai isu kemanusiaan.

“Modul pengajaran seperti ini pernah digunakan di Indonesia dan Singapura, contohnya me­ngenai pencerobohan kedaulatan undang-undang dan dikaitkan ke silabus pengajaran.

“Terdapat seorang ahli Parlimen baru-baru ini yang mempersoalkan kenapa kita tidak menghantar askar kita ke Gaza, itu menunjukkan mereka tidak faham situasi itu. Itu wakil rak­yat pun kurang faham, disebabkan itu kena ajar dari kecil lagi.

“Pada masa yang sama, isu Ukraine juga kena diberitahu supaya mereka peka apa yang berlaku dan rasa sayang untuk terus mempertahankan kedau­latan negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN