Remaja maut, motosikal langgar lembu - Utusan Malaysia

Remaja maut, motosikal langgar lembu

SEORANG ramaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sekumpulan lembu dalam kejadian di Jalan Besar Lui Muda, Jempol awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang penunggang motosikal maut selepas dia merempuh sekumpulan lembu yang melintas jalan dalam kejadian di Jalan Besar Lui Muda, di sini, awal pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 3.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Nabil Haikal Hariulnizam, 19, beralamat di Taman Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki FU15 dari arah Kemayan menghala ke arah Bahau seorang diri. 

“Setiba di tempat kejadian, semasa mangsa sedang bergerak lurus, motosikal mangsa dipercayai telah melanggar sekumpulan lembu yang sedang bergerak melintas jalan di laluan motosikal berkenaan. 

“Mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang lembu, akibat daripada kemalangan ini, penunggang telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan yang parah di kepala. 

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lui Muda yang tiba di lokasi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat pagi ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya