Polis tahan lelaki samun remaja dalam lif - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki samun remaja dalam lif

TANGKAP layar rakaman video yang tular menunjukkan seorang remaja disamun di dalam lif sebuah pangsapuri di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang remaja mengalami detik cemas apabila disamun seorang lelaki dalam lif di sebuah pangsapuri, di sini.

Namun, penjenayah berusia 43 tahun yang memakai topi keledar itu berjaya dicekup di pangsapuri tersebut pukul 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek ditahan selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan tentang kejadian pada pukul 5.25 petang, Ahad lalu.

“Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut, manakala semakan lampau mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raub berkata, ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis morfin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular rakaman video berdurasi 32 saat memaparkan seorang remaja lelaki disamun seorang lelaki bertopi keledar ketika berada dalam lif di sebuah pangsapuri, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN