IPOH: Kerajaan akan menyusun semula kaedah pemberian subsidi yang tidak munasabah sehingga turut dinikmati golongan bergaji jutaan ringgit dan warga asing sehingga membebankan kewangan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanggungan subsidi kerajaan antara paling tinggi berbanding negara-negara dunia lain dan kerana itu pemberian subsidi perlu disusun semula. Menurut beliau, pemberian subsidi seperti petrol, rawatan di hospital kerajaan dan menunaikan haji boleh diteruskan tetapi sistemnya perlu diubah agar…










