Pencuri pura-pura beli rantai, ditangkap ketika larikan diri - Utusan Malaysia

Pencuri pura-pura beli rantai, ditangkap ketika larikan diri

TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki yang ditahan orang ramai selepas melarikan dua utus rantai dari sebuah kedai emas di Plaza Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tindakan seorang lelaki yang berpura-pura mahu membeli rantai sebelum cuba melarikannya gagal apabila ditangkap orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.16 petang kelmarin.

Kejadian berlaku di sebuah kedai barang kemas di dalam Plaza Kota Tinggi, kira-kira pukul 6 petang.

“Ketika kejadian lelaki itu berpura-pura ingin membeli dua utas rantai leher dalam anggaran nilai RM15,000 dan RM8,000 dengan jumlah RM23,000 sebelum melarikan diri dari kedai berkenaan.

“Walau bagaimanapun, dia telah berjaya ditangkap oleh orang awam di hadapan Pasaraya Kwa Tai, Kota Tinggi dan berjaya menemukan semula barang kemas yang dicuri sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Lelaki berumur 27 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Terdahulu tular rakaman berdurasi 61 saat orang awam menangkap seorang pencuri yang melarikan rantai emas di Kota Tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN