Pekerja kebun rogol anak sejak berusia 6 tahun hingga hamil - Utusan Malaysia

Pekerja kebun rogol anak sejak berusia 6 tahun hingga hamil

Raiz Mukhliz Azman Aziz,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya sejak mangsa berusia enam tahun dan kini mengandung di rumahnya berhampiran Parit Jawa di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, laporan tentang tindakan bapa durjana yang merupakan pekerja kebun itu diterima pihaknya kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Pada 28 Oktober mangsa telah hadir ke balai polis membuat aduan telah dirogol oleh bapa kandungnya.

“Mangsa kini berusia 17 tahun dan telah mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa telah dirogol sejak berusia enam tahun sehingga kejadian baru-baru ini pelajar malang terbabit telah mengandung,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Daerah (IPD) Muar, di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, suspek yang berusia 41 tahun itu telah ditahan  di rumahnya berhampiran Parit Jawa, dekat sini pada pukul 1.20 pagi ini.

Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN