Orang Asli Kelantan puas hati dapat dialog dengan TPM

Orang Asli Kelantan puas hati dapat dialog dengan TPM

AHMAD Zahid Hamidi (tiga kanan) menerima senjata tradisional iaitu sumpit dari Penghulu Kampung Merlong, Ibrahim Marijah (kiri) semasa mengadakan pertemuan dengan masyarakat Orang Asli di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di negeri ini berpuas hati dapat berdialog dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali gus meluahkan hasrat mereka kepada kerajaan.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, peluang itu membolehkan beliau menyampaikan terus hasrat hampir 16,000 komuniti Orang Asli di negeri ini yang masih lagi ketinggalan berbanding negeri lain.

Menurutnya, antara isu yang dibangkitkan itu melibatkan aspek pembangunan, ekonomi dan prasarana untuk diberikan perhatian oleh kerajaan.

“Kami minta permohonan jalan perhubungan bersepadu dipercepatkan dan kami mendapat respon daripada Timbalan Perdana Menteri yang mahu projek tersebut dijalankan pada Januari iaitu dua bulan daripada tarikh asal.

“Sekiranya jalan berturap dapat dilaksanakan, kami tidak lagi berdepan masalah terutamanya ketika musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas di Bandar Utama di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, kerajaan sebelum ini melalui Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan peruntukan RM200 juta untuk menaik taraf jalan yang rosak dan tidak berturap di perkampungan Orang Asli di daerah ini.

“Sebagaimana Timbalan Menteri kata dia akan cuba mempercepatkan projek berkenaan dan kita harap perkara ini jadi kenyataan kerana masalah pengangkutan dan perhubungan adalah isu yang besar bagi Orang Asli.

“Kami terutamanya Jakoa kelantan berusaha keras dan telah membuat beberapa perolehan untuk pelaksanaan perhubungan dari kampung ke kampung akses kepada bantuan dan permohonan daripada penduduk itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya