MIC mahu kuatkan akar umbi sebelum hadapi PRU16 - Utusan Malaysia

MIC mahu kuatkan akar umbi sebelum hadapi PRU16

S.A Vigneswaran bersalaman dengan ahli-ahli MIC ketika beliau menghadiri Konvensyen MIC Negeri Sembilan Ke-77 di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: MIC mahu memberikan tumpuan bagi menguatkan parti di peringkat akar umbi sebagai usaha supaya tetap relevan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Presidennya, Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, sehubungan itu cawangan-cawangan MIC di seluruh negara akan diperkuatkan dengan memastikan mesyuarat cawangan berjalan dengan cukup korum serta menambah bilangan ahli di setiap cawangan.

“MIC mahu menang pilihan raya dan kami mahu tunjuk kepada parti lain bahawa MIC satu-satunya parti mewakili kaum India, di peringkat kepemimpinan tiada masalah untuk menunjukkannya namun jika betul-betul, kami mestilah tunjuk kekuatan di akar umbi, asas kami mesti kuat.

“Kami telah buat keputusan babawa mesyuarat cawangan pada tahun ini berlangsung mesti dengan cukup korum, daripada 3,800 cawangan terdapat 700 cawangan tidak cukup korum, oleh itu kami telah beri peluang. 

Ramai ketua cawangan tidak puas hati tetapi jika mahu dipanggil sebagai ketua, mereka mestilah perlu ada penyokong, kalau mahu kuatkan bahagian, cawangan mesti kena ada ahli, kalau satu cawangan hanya ada lima enam orang sahaja datang (mesyuarat) tidak guna, apabila mahu pilihan raya kita malu dengan parti lain kerana tiada akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC Negeri Sembilan Ke-77 di sini hari ini

Yang hadir sama, Timbalannya, Datuk Seri M Saravanan dan Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk VS Mogan.

Vigneswaran menjelaskan lagi, langkah tersebut termasuk dengan mengetatkan proses mengambil ahli itu adalah juga mahu memastikan MIC mempunyai peluang cerah untuk menang beberapa kerusi pada pilihan raya nanti.

“Dahulu kalau mahu tambah ahli ini, cawangan ambil kad pengenalan, masuk pejabat dan terus senarai, sekarang tidak boleh kerana ibu pejabat ada pusat panggilan yang akan menelefon dan memastikan sama ada mereka (pemegang kad pengenalan) masuk cawangan tersebut.

“Kami mahu memastikan bahawa MIC adalah parti mewakili kaum India, kena ada ahli yang benar-benar kami ada, bukan setakat senarai.

“MIC mesti kuat supaya apabila pilihan raya akan datang, MIC sendiri akan buat keputusan, jika peluang kita cerah untuk bekerja dengan mana-mana parti, keputusan tersebut akan diambil untuk masa depan dan kebaikan parti,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya