Maik salur RM40,000 bantuan untuk Palestin

Maik salur RM40,000 bantuan untuk Palestin

RAKYAT Palestin sudah mula menerima bantuan yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menghulurkan bantuan sebanyak RM40,000 bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh kezaliman puak Zionis.

Maik dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, misi itu direalisasikan dengan bantuan Pengarah Misi Bantuan Kecemasan Emergency Relief Gaza Palestine yang diketuai oleh Johan Ariff Ismail.

Menurutnya, sumbangan itu disalurkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO) I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk diserahkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Kami dimaklumkan oleh sukarelawan iReach di sana, mereka sudah 10 hari tidak makan dan minum. Pada masa sama, penduduk turut berdepan dengan masalah bekalan makanan dan air bersih.

“Pihak Maik berharap sumbangan yang diberikan ini dapat menjadi sumber kekuatan kepada mereka di sana untuk berdepan dengan situasi getir,” katanya.

Maik memberitahu, bantuan bekalan makanan dari pihak Maik sudah selama tiba di lokasi perlindungan pelarian di Gaza City pada 5.45 pagi tadi waktu Malaysia.

Katanya, pada masa sama solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin sudah dilaksanakan 13 Oktober lalu di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim di Kelantan.

“Maik turut mengadakan kutipan Derma Khas Untuk Palestin di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim seluruh negeri Kelantan pada hari tersebut bagi membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

“Ini adalah lambang solidariti dan ihsan umat Islam susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN