Liga Super: Perak kutip tiga mata tewaskan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Liga Super: Perak kutip tiga mata tewaskan Negeri Sembilan

Pemain tengah Perak FC, Jesper Nyholm menanduk bola keluar dari petak penalti pasukannya dalam aksi menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, hari ini.-UTUSAN/GAMBAR : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Perak FC membawa pulang tiga mata berharga ke Ipoh apabila menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, kedua-dua pasukan beraksi seimbang dengan saling melakukan serangan dan mempunyai peluang jaringan.

Bagaimanapun peluang yang diperoleh gagal disudahkan dan sehingga tamat separuh masa pertama, kedudukan kekal terikat 0-0.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-50 menerusi sentuhan pemain tengah, Luka Milunovic.

Pemain berasal dari Serbia yang tidak dikawal  mudah menyudahkan hantaran rakan sepasukannya, Luciano Guaycochea untuk menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman di gawang tuan rumah.

Negeri Sembilan kemudian cuba mencari gol penyamaan menerusi serangan bertali arus, bagaimanapun Perak kekal bertahan sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan berkenaan menyaksikan anak buah Yusri Che Lah meraih tiga mata berharga sekali gus mengumpul 19 mata hasil lima kali menang dan empat seri selepas melalui 22 perlawanan.

Negeri Sembilan di bawah bimbingan ketua jurulatih, K. Devan telah mengutip 21 mata selepas 22 perlawanan hasil empat kemenangan, sembilan seri dan sembilan kali kekalahan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN